Terima Kasih Ultras Malaya! - Utusan Malaysia

Terima Kasih Ultras Malaya!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kehadiran Ultras Malaya memberikan sokongan padu kepada skuad Bawah 23 (B-23) negara yang beraksi dalam Kelayakan Kejuaraan AFC B-23 di Stadium Shah Alam, kelmarin, cukup jelas memberi impak dalam menyuntik semangat anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee.

Sorakan tanpa henti daripada kumpulan penyokong tegar itu, memeriahkan suasana di stadium dan para pemain begitu terkesan dengan kelibat mereka sehingga mendorong aksi bertenaga menentang Filipina.

Kim Swee sendiri menagih sokongan Ultras Malaya yang terbukti dapat memberi motivasi kepada para pemainnya. Terima kasih Ultras Malaya di atas sokongan tidak berbelah bahagi anda!

Memuatkan artikel berkaitan…

Raheem Sterling mempamerkan kematangannya dalam aksi antarabangsa apabila meledakkan hatrik bagi membantu England memulakan kempen kelayakan Euro 2020 dengan membelasah Republik Czech 5-0, manakala Antoine Griezmann menjadi inspirasi kepada Perancis yang 
membenam Moldova.

berita penuh di muka 75

berita penuh di muka 78

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini