LPT2: Pemandu, penumpang nyaris maut - Utusan Malaysia

LPT2: Pemandu, penumpang nyaris maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU 23 Mac – Empat pemandu dan penumpang cedera setelah terbabit dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 395.1, dari arah Bukit Besi menuju Ajil di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT2) dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, kesemua mereka hanya mengalami kecederaan ringan dalam nahas yang berlaku pukul 6.45 pagi itu.

Beliau memberitahu, kejadian berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Saga yang menghala ke Ajil dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, kemudian muncul sebuah kereta jenis BMW dari belakang yang gagal mengelak lalu melanggar kereta Proton Saga berkenaan.

Katanya, selepas itu sebuah kenderaan peronda lebuh raya yang tiba di lokasi kejadian bagi membantu mengawal keadaan turut dilanggar sebuah lagi kereta jenis Proton Waja dari belakang.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kita akan kenakan tindakan saman ke atas pemandu kereta Proton Saga dan pemandu kereta Proton Waja terbabit,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini