KUALA LUMPUR – Faizal Saari muncul wira apabila meledak hatrik membantu skuad hoki negara membelasah Poland 5-1 pada aksi pertama Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) edisi ke-28 di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh, Perak sebentar tadi.
Penyerang prolifik itu menjaringkan tiga gol bermula minit ke-20, 30 dan 45 dan dua lagi jaringan Malaysian Tigers dijaringkan Mohd. Fitri Saari dan Mohamad Ashran Hamsani pada minit ke-28 serta 36.
Gol tunggal Poland dalam aksi itu dijaringkan Michal Kasprzyk pada minit ke-30.
Memuatkan artikel berkaitan…
Esok, Malaysian Tigers akan meneruskan aksi kedua menentang pemenang pingat emas Sukan Asia 2018, Jepun. – K! ONLINE











