Polis terima 12 laporan insiden kekecohan program Najib - Utusan Malaysia

Polis terima 12 laporan insiden kekecohan program Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis menerima 12 laporan berhubung insiden kekecohan pada program Sembang Santai bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Restoran Amjal yang terletak berhampiran Universiti Malaya (UM) di sini semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihak polis sudah merakamkan keterangan 10 orang saksi bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Setakat ini, 12 laporan diterima daripada pihak yang terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintendan Mohd. Firdaus Sharil di talian 012-3388 164 atau Inspektor Aaron Anthony Dass di talian 014-9018 596 bagi menyalurkan maklumat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan sama, Mazlan turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri serta diingatkan untuk mematuhi undang-undang sedia ada.

“Saya juga ingin mengingatkan, sebarang perhimpunan hendaklah mengikut syarat yang diperuntukkan mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang melanggarinya,” ujarnya.

Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan Program Sembang Santai bersama bekas Najib di Restoran Amjal yang terletak berhampiran UM, di sini bertukar kecoh apabila beberapa pelajar universiti itu membuat provokasi ketika beliau sedang berucap.

Tindakan itu menyebabkan beberapa penyokong Najib berang dan mula berasak ke arah pelajar tersebut serta mempersoalkan tindakan mereka berbuat demikian.

Pelajar berkenaan kelihatan turut memegang beberapa plakad gambar badut menyerupai Najib sambil melontarkan kata-kata ‘penipu’ dan ‘mana RM2.6 bilion’. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini