BALI 23 Mac – Seorang lelaki warga Rusia ditahan di sini selepas cuba menyeludup keluar anak orang utan.
ANAK orang utan berusia dua tahun yang diselamatkan selepas cuba diseludup keluar oleh seorang warga Rusia di Bali, Indonesia. – AFP
BBC melaporkan, anak orang utan berusia dua tahun itu ditemukan di dalam bakul rotan ketika suspek, Andrei Zhestkov ditahan di pos keselamatan dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di sini malam semalam.
Memuatkan artikel berkaitan…
Zhestkov mendakwa, anak orang utan itu diberikan oleh rakannya yang dibeli pada harga AS$3,000 (RM12,193).
Orang utan merupakan spesies yang dilindungi dan suspek berdepan hukuman penjara lima tahun jika sabit kesalahan.











