[VIDEO] Warga emas rugi RM400 diragut - Utusan Malaysia

[VIDEO] Warga emas rugi RM400 diragut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Mac – Seorang wanita warga emas mengalami kerugian sebanyak RM400 selepas diragut dalam kejadian di Jalan Berjaya 9, Taman Berjaya, Sungai Chua, Kajang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa turut mengalami kecederaan di bahagian jari selepas terjatuh akibat diragut daripada belakang.

“Ketika kejadian, mangsa sedang berjalan seorang diri apabila beg tangannya direntap seorang suspek yang menunggang motosikal dari arah belakang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah Ahmad Dzaffir, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Sarjan Shairazi Afiq Shamsuddin di talian 016-3674748 atau boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat.

Dalam pada itu, satu rakaman video kejadian tersebut yang berdurasi 30 saat turut tersebar di media sosial sejak petang tadi.

Dalam video tersebut menunjukkan mangsa yang sedang berjalan kaki sambil berbual menggunakan telefon bimbitnya diragut seorang lelaki menunggang motosikal yang memakai baju berwarna merah serta seluar putih. – UTUSAN ONLINE

Video media sosial

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini