SPR Thailand beri amaran kepada pengundi, jangan koyak dan berswafoto dengan kertas undi - Utusan Malaysia

SPR Thailand beri amaran kepada pengundi, jangan koyak dan berswafoto dengan kertas undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 23 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand memberi amaran kepada pengundi agar tidak mengoyakkan kertas undi, berswafoto dengan kertas undi atau bertaruh keputusan pilihan raya untuk mengelakkan dihukum penjara.

Bangkok Post melaporkan, SPR Thailand turut bersedia memberi ganjaran sehingga 100,000 baht (RM12,808) kepada sesiapa yang mendedahkan kegiatan pembelian undi.

Setiausaha Agungnya, Jarungwit Phumma berkata, para pengundi dinasihatkan agar tidak terus ke ruang mengundi setelah menerima kertas undi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka harus membaca secara terperinci kertas undi sebelum menandanya.

“Sesetengah pengundi sebelum ini mengoyakkan kertas undi selepas tersalah tanda yang merupakan kesalahan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini