Pelajar Uniti Kota Bharu gotong-royong bersih PCB - Utusan Malaysia

Pelajar Uniti Kota Bharu gotong-royong bersih PCB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 23 Mac – Seramai 50 pelajar Kolej Uniti Kota Bharu bergotong-royong membersihkan Pantai Cahaya Bulan yang lebih dikenali dengan PCB di sini petang tadi.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM), Wan Muhammad Akmal Wan Azman berkata, program gotong-royong ‘Ceriakan Pantai Kita – Bersih Di Mata, Tenang Di Hati’ itu antara usaha yang sering dilakukan pelajar kolej itu bagi menjaga kebersihan pantai yang menjadi tumpuan ramai.

Wan Muhammad Akmal, 20, yang juga pengarah program itu berkata, aktiviti tersebut juga merupakan sebahagian ‘countdown’ sempena Festival Unitipreneur 2019 yang akan bermula pada 28 Mac hingga 30 Mac ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami sudah biasa buat gotong-royong membersihkan pantai khususnya pantai berdekatan kolej seperti PCB, Pantai Kuda dan Pantai Mek Mas.

“Kami pernah dapat lebih 20 bungkus plastik hitam sampah iaitu ‘hasil’ kutipan semasa gotong-royong dalam tempoh tidak sampai sejam.

“Kami berharap aktiviti yang kita lakukan dan juga ramai lagi pihak lain kebelakangan ini dapat meningkatkan lagi kesedaran pengunjung supaya sama-sama menjaga kebersihan pantai,” katanya kepada Utusan Online di sini.

Wan Muhammad Akmal berkata, pihaknya merancang menjadikan PCB sebagai pantai angkat supaya usaha mengekalkan kebersihannya dapat dipertingkatkan.

Sementara itu, seorang pelajar yang turut mengambil bahagian iaitu Siti Amirah Azami, 20, berkata, dia sudah tiga kali terlibat dalam program gotong-royong anjuran kolej bagi membersihkan pantai termasuk di Bachok.

Siti Amirah yang juga pelajar tahun dua Diploma Pengurusan Industri Halal berkata, dia bagaimanapun merasa sedikit kesal kerana sikap masyarakat yang masih belum berubah.

“Setiap pantai yang saya pergi kotor dengan sampah yang ditinggalkan pengunjung dan peniaga walaupun ada tong sampah disediakan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini