Russel cipta rekod kebangsaan 200m - Utusan Malaysia

Russel cipta rekod kebangsaan 200m

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Mac – Bintang baharu olahraga negara, Russel Alexander Nasir Taib mencetus sensasi apabila mencipta rekod baharu kebangsaan dalam acara 200 meter (m), hari ini.

Russel, 21 tahun, mencatat masa 20.77 saat (s) dalam kejohanan Trek Klasik Queensland di Australia ketika memenangi pingat perak.

Catatan tersebut melebur rekod lama milik jaguh pecut negara Khairul Hafiz Jantan, 20.90s dilakukan dua tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kejayaan Russel itu mendapat perhatian Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang memaklumkan bahawa atlet berkenaan berhak menerima ganjaran keseluruhan RM21,000.

Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim berkata, ganjaran itu adalah untuk menghargai atlet olahraga yang telah bekerja keras mencipta rekod baharu kebangsaan.

“Russel bakal menerima insentif RM1,000 kerana mencipta rekod baharu kebangsaan.

“Dia juga akan menerima RM20,000 daripada Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) sebagai penghargaan atas usahanya menjalani latihan di Australia tanpa sebarang bantuan,” kata Karim. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini