IPOH 23 Mac – India melaungkan amaran sebagai antara pencabar kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2019 apabila mengalahkan juara Sukan Asia, Jepan 2-0 dalam perlawanan pembukaan di Stadium Sultan Azlan Shah di sini hari ini.
India yang membariskan pemain muda pada kejohanan kali ini mendahului pada minit ke-24 menerusi pukulan sudut penalti Varun Kumar.
Juara empat kali kejohanan itu mengukuhkan kedudukan menerusi gol padang Simranjeet Singh pada minit ke-55.
Memuatkan artikel berkaitan…
Penjaring gol pertama India, Kumar dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan. – UTUSAN ONLINE











