BEIRA 23 Mac – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru bantuan segera di Mozambique berikutan kesukaran agensi bantuan membantu puluhan ribu mangsa Siklon Idai pada minggu lalu.
Program Makanan Dunia (WFP) mengisytiharkan krisis makanan tahap kecemasan tiga menjadikan ia bersamaan dengan krisis di Yemen, Syria dan Sudan Selatan.
Jurucakap WFP, Herve Verhoosel berkata, pengisytiharaan tersebut membolehkan operasi bantuan besar-besaran dipercepatkan bagi membantu mangsa bencana siklon kategori empat yang menyebabkan banjir meragut nyawa dan mengungsi sekitar 600,000 orang. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











