Pesawah mampu capai hasil 10 metrik tan sehektar - Utusan Malaysia

Pesawah mampu capai hasil 10 metrik tan sehektar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT 23 Mac – Pesawah di kawasan Skim Pengairan Pelagat mampu memperoleh hasil antara 8 hingga 10 tan metrik sehektar jika mereka lebih berdisiplin dan mengikuti kaedah penanaman yang betul.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Sallehhuddin Hassan berkata, perkara itu tidak mustahil kerana masalah yang dihadapi sama seperti pesawah di Barat Laut Selangor yang berjaya membuktikannya.

Katanya, jika bekalan air mencukupi termasuk baja dan benih, sasaran itu boleh dicapai ditambah dengan bantuan serta bimbingan berterusan daripada jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, perlu ada kesedaran pesawah dan juga masyarakat untuk sama-sama menjaga kemudahan yang disediakan kerajaan agar dapat digunakan sepenuhnya untuk manfaat semua,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Tani yang disertai kira-kira 200 petani Skim Pengairan Pelagat di Kampung Air Terjun dekat sini hari ini.

Program berkonsep gotong-royong yang bermula sejak dua hari lalu itu bertujuan menumpukan kerja-kerja pembersihan kawasan kampung dan pencucian infrastruktur kawasan tali air dan parit menggunakan sumber yang minimum.

Sallehhuddin berkata, Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA Ketara) akan menjadi bapa angkat kepada pesawah di bawah skim tersebut yang berada di luar jelapang untuk meningkatkan bantuan dan manfaat kepada pesawah.

“Sehingga akhir bulan ini, pengagihan baja kepada petani sudah selesai dan bagi musim penanaman pertama bermula April di jelapang Pantai Barat, ia akan dihantar mengikut jadual yang ditetapkan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini