KANDAHAR 23 Mac – Sekurang-kurangnya 3 maut dan 30 lagi cedera dalam dua letupan ketika acara agrikultur dalam sebuah stadium di Lashkar Gah, Helmand hari ini.
Menurut Jurucakap Gabenor Wilayah, Omar Zhwak, letupan tersebut terjadi ketika Hari Petani yang merupakan sebahagian daripada sambutan Tahun Baharu Parsi di sini.
Saksi kejadian, Omidullah Zaheer berkata, letupan itu berlaku ketika orang ramai mempamerkan produk agrikultur dalam stadium berkenaan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Letupan pertama berlaku dalam sebuah khemah menyebabkan orang ramai melarikan diri ke arah pintu pagar namun letupan kedua mengenai mereka.
“Saya melihat bebeapa orang yang cedera dibawa keluar dari stadium ,” katanya. – AFP











