Teman lelaki tidak sedar kekasih meninggal dunia akibat serangan jantung  - Utusan Malaysia

Teman lelaki tidak sedar kekasih meninggal dunia akibat serangan jantung 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Seorang lelaki tidak menyedari teman wanitanya telah meninggal dunia di ruang tamu semasa dia sedang nyenyak tidur dalam bilik di sebuah kondominium di Teluk Kemang dekat sini semalam. 

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mayat mangsa, Wong Mui Lian, 59, ditemui oleh sepasukan anggota polis dan bomba yang melakukan pemeriksaan ke atas kondominium tersebut.

“Mangsa yang bekerja di sebuah kedai peralatan sukan di sini tidak hadir kerja sejak kelmarin. Rakannya cuba menghubunginya, tetapi tiada jawapan dan telah pergi ke rumah mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka kemudian menghubungi polis dan bomba pada 11.25 pagi untuk mendapatkan bantuan. Selepas berjaya memasuki rumah itu, pihak polis dan bomba menemui mayat mangsa di atas sofa,” katanya ketika dihubungi  pemberita di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, pemeriksaan lanjut polis dalam rumah itu kemudian menemui teman lelaki mangsa sedang nyenyak tidur di dalam bilik hingga terpaksa dikejutkan.

Menurut beliau, siasatan dan pemeriksaan terhadap tubuh mangsa bagaimanapun tidak mengesan sebarang unsur jenayah berlaku dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Kata beliau, laporan bedah siasat oleh Hospital Port Dickson keatas mayat mangsa juga mendapati punca kematian mangsa adalah akibat serangan jantung. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini