Ibu mangsa serangan masjid meninggal dunia - Utusan Malaysia

Ibu mangsa serangan masjid meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHRISTCHURCH 23 Mac – Seorang ibu kepada warga Palestin yang terbunuh dalam serangan pengganas di dua buah masjid di sini minggu lalu, dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung pagi ini.

NZ Herald melaporkan, Kamel Darwish, 38, pekerja ladang dan sudah berkahwin serta dikurniakan tiga anak, merupakan antara yang terbunuh dalam serangan di Masjid Al Noor.

Kamel berhijrah ke New Zealand dari Jordan tahun lalu untuk menetap bersama abangnya dan bekerja.

Memuatkan artikel berkaitan…

Isteri dan anak-anaknya sudah memohon visa untuk menetap bersamanya di sini.

Jurucakap Kedutaan Jordan di Sydney memaklumkan, ibunya, Suad Abdelfattah Mhaisen Adwan, 65, meninggal dunia akibat serangan jantung pagi ini.

“Beliau tiba di Christchurch semalam untuk menghadiri pengebumian anaknya. Namun, wanita itu meninggal dunia pagi ini kerana serangan jantung dan kesedihan terhadap pemergian anaknya itu,” jelasnya.

Jelas jurucakap itu, jenazah Saud akan dibawa pulang ke Jordan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini