PRK Rantau: Peluang kedua Streram bukti keupayaan diri - Utusan Malaysia

PRK Rantau: Peluang kedua Streram bukti keupayaan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, Dr S. Streram, yang dinamakan semula sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Rantau 30 Mac ini, berazam untuk membuktikan keupayaan diri dalam memberi kemenangan bermakna kepada PH, khususnya di peringkat negeri.

Pakar bius berusia 60 tahun itu berkata, ini peluang kedua baginya sebagai calon PH  setelah sebelum ini dinafikan haknya bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei tahun lepas kerana dihalang masuk ke pusat penamaan calon ekoran ketiadaan pas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Ini peluang kedua saya dan saya akan bekerja bersungguh-sungguh untuk menang. Saya tidak mahu memandang rendah kepada lawan atau terlalu yakin untuk menang dalam PRK ini,  tetapi perkara ini bukan yang seharusnya saya fikirkan sangat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya yakin akan menang tetapi keutamaan saya adalah untuk memberi tumpuan dalam meyakinkan pengundi DUN Rantau mengapa mereka perlu memilih saya,” katanya dalam temu bual bersama Bernama baru-baru ini.

Beliau berpendapat, pentadbiran kerajaan persekutuan dan negeri yang diterajui PH merupakan antara faktor yang memberi kelebihan kepadanya untuk menang. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini