Zahid mula dibicara Julai ini - Utusan Malaysia

Zahid mula dibicara Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mac – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 18 hari bermula Julai ini untuk perbicaraan kes melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan Yayasan Akalbudi.

Tarikh tersebut ditetapkan oleh Hakim Collin Lawrence Sequerah ketika kes itu disebut buat pertama kali di Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Collin menetapkan tarikh bermula 8 hingga 11 Julai, 15 hingga 17 Julai, 5 hingga 8 Ogos, 19 hingga 22 Ogos dan 10 hingga 12 September.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, bekas Timbalan Perdana Menteri berusia 66 tahun yang diwakili barisan peguam yang diketuai Hisyam Teh Poh Teik itu mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya selepas semua pertuduhan terhadapnya dibacakan semula yang mengambil masa kira-kira sejam.

Pada 19 Oktober dan 14 Disember 2018 serta 20 Februari lalu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mengaku tidak bersalah terhadap 47 pertuduhan dengan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini