KUALA LUMPUR 22 Mac – Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM) baru-baru ini menganjurkan perlawanan bola sepak antara veteran PBMM dengan Aceh Legend FC sempena lawatan Datuk Bandar Acheh, Aminullah Usman ke Malaysia.
Perlawanan yang berlangsung di Padang Institut Kemahiran Belia Negara, Hulu Langat itu dimenangi oleh pasukan pelawat dengan jaringan 6-3.
Turut beraksi dalam perlawanan persahabatan itu ialah Presiden PBMM, Mohd. Firdaus Mohamed.
Memuatkan artikel berkaitan…
Menurut kenyataan PBMM, perlawanan itu bukan sahaja bertujuan meraikan Aminullah tetapi sebagai wadah bagi mengeratkan hubungan antara pasukan luar negara khususnya dari rantau Asia Tenggara. – UTUSAN ONLINE











