Lelaki Bangladesh simpan video lucah dijel setahun   - Utusan Malaysia

Lelaki Bangladesh simpan video lucah dijel setahun  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Padah menyimpan koleksi video lucah di dalam telefon bimbit, seorang lelaki warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. 

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Teoh Shu Yee terhadap tertuduh, Halim Miah, 27, yang membuat pengakuan bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki rakaman video lucah yang tersimpan dalam telefon bimbit jenis Asus berwarna hitam kira-kira pukul 3.30 petang di Pejabat Agama Islam Melaka, Kompleks Perniagaan Al-Azim, Bukit Palah di sini pada 9 Februari lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi kesalahan itu tertuduh yang bekerja sebagai buruh didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar tempoh hukuman pemenjaraan minimum diberikan dan mahu segera dihantar pulang ke negara asal untuk bertemu keluarga serta anak-anaknya.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal bagaimanapun memohon hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan masyarakat.

Selepas mendengar rayuan kedua-kedua pihak, Shu Yee menjatuhkan hukuman penjara selama setahun bermula dari tarikh tangkap iaitu 9 Februari lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini