Kilang pintar tingkatkan pulangan - Utusan Malaysia

Kilang pintar tingkatkan pulangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


KUALA LUMPUR 22 Mac – KCom Group mendapati kilang pintar berupaya membolehkan industri perkilangan di Malaysia untuk meningkatkan pulangan bagi pelaburan (ROI) bagi produktiviti keseluruhan dalam tempoh enam hingga 12 bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif KCom, S. T. Rubaneswaran berkata, teknologi kilang pintar akan mempercepatkan penghasilan dan membantu pengilang bertindak balas dengan pantas terhadap perubahan keperluan pasaran.

Katanya, teknologi digital dan Industri 4.0 kini semakin relevan kerana lebih banyak syarikat telah bergantung terhadapnya kerana kos yang rendah bagi skala perindustrian.

“Ia melibatkan pengkomputeran awan, analitik lebih maju dan pembelajaran mesin serta internet saling berhubung (IoT),” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, sebanyak sembilan syarikat menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menjadi rakan kerjasama membantu syarikat perkilangan di Malaysia untuk berubah kepada syarikat pintar.

Sembilan syarikat berkenaan adalah YGL Convergence, Monitor ERP, Ingram Micro, Solara Systems, Cognitive Consulting, Fast Track, Lava Protocols, SysArmy dan Century Software. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini