KUALA LUMPUR 22 Mac – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) telah memberikan Blok PM407 dan Blok PM415, kira-kira 60 kilometer (km) luar pesisir Semenanjung Malaysia, kepada PTT Exploration and Production Hong Kong Offshore Ltd. (PTTEP HKO) dan Petronas Carigali Sdn. Bhd..
PTTEP HKO ialah anak syarikat milik penuh PTT Exploration and Production Public Company Ltd. (PTTEP) dan Petronas Carigali merupakan anak syarikat milik penuh Petronas.
Memuatkan artikel berkaitan…
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata PTTEP HKO akan menjadi operator bagi kedua-dua blok, dengan kepentingan penyertaan sebanyak 55 peratus bagi Blok PM407 dan 70 peratus bagi Blok PM415, manakala Petronas Carigali memiliki baki 45 peratus dan 30 peratus masing-masing di blok berkenaan. – BERNAMA











