KANGAR – Kereta rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin rosak teruk dipercayai akibat perbuatan khianat dalam kejadian awal pagi ini di kediamannya di Jalan Persiaran Wawasan di sini.
Ketua Polis Perlis Datuk Mushar Noor Mohd. berkata, dalam kejadian kira-kira 5.45 pagi itu, kereta jenis Honda Accord berwarna hitam tersebut mengalami kebakaran pada bahagian enjin serta tayar depan sebelah kiri selain cermin belakang dan depan dipecahkan.
“Siasatan awal mendapati ia dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat kerana ada kesan pecahan cermin belakang dan bahagian botol mengandungi petrol yang dipercayai digunakan untuk tujuan membakar,” katanya ketika dihubungi, hari ini. – Bernama
Memuatkan artikel berkaitan…











