Lelaki ditahan rogol, liwat adik perempuan - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan rogol, liwat adik perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH 22 Mac – Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan semalam setelah dipercayai melakukan perbuatan sumbang mahram terhadap adik perempuannya berumur 17 tahun di rumah sewa mereka di Kampung Rahmat, Bidor sejak lima tahun lalu.

Mangsa yang merupakan anak yatim serta adik bongsu daripada empat beradik tinggal bersama tiga lagi abangnya.

Kejadian berlaku ketika dua abangnya yang lain tiada di rumah dan mangsa tidak pernah menceritakannya kepada sesiapa kerana diugut tidak akan diberi makan mahupun duit belanja.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ekoran tidak tahan dengan sikap suspek yang sering mengongkong kehidupan serta memberhentikannya daripada bersekolah tanpa alasan, mangsa telah pergi ke rumah makciknya di Slim River, pagi semalam.

“Mangsa mula dicabul oleh suspek yang bekerja sebagai pemandu lori pada tahun 2014 sebelum dirogol dan diliwat bermula tahun 2017.

“Kejadian terbaharu pada Jumaat lepas. Oleh itu, mangsa yang tidak bekerja, telah tampil membuat laporan polis kerana mahu tindakan diambil ke atas abangnya selain untuk perlindungan diri,” katanya di sini hari ini.

Wan Azharuddin berkata, pemeriksaan awal ke atas mangsa telah dijalankan di Hospital Slim River dan mangsa telah ditahan wad sebelum dihantar ke Hospital Teluk Intan bagi pemeriksaan lanjut.

Tambah beliau, suspek pula akan direman hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 376(3)/Seksyen 377C Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini