Pencemaran: Keputusan sampel ikan diketahui minggu depan - Utusan Malaysia

Pencemaran: Keputusan sampel ikan diketahui minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Keputusan ujian makmal terhadap sampel ternakan ikan yang diambil daripada penternak di sekitar Pasir Gudang berhubung insiden pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim dijangka diperoleh beberapa hari lagi.

Pengarah Perikanan Negeri Johor, Zamani Omar berkata, kesemua sampel ternakan termasuk ikan, kupang dan ketam itu telah dihantar Jawatankuasa Bertindak Khas yang menjalankan siasatan mengenai kejadian berkenaan ke sebuah makmal swasta beberapa hari lepas.

“Tindakan ini adalah untuk kajian jangka masa panjang supaya tidak memberi risiko kepada orang ramai. Ujian makmal ini akan mengambil masa beberapa hari bergantung kepada analisis makmal berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas laporan keluar dan menyatakan bahawa ikan dan hidupan akuatik tidak terkena sisa kimia, maka, kita (Pejabat Perikanan Negeri Johor) akan hantar laporan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengisytiharkan kesemua hidupan laut di sekitar Pasir Gudang selamat dimakan,” katanya yang dihubungi Bernama di sini hari ini.

Zamani berkata, aduan paling ketara diterima pihaknya daripada nelayan susulan pencemaran tersebut adalah mereka sukar memasarkan hasil tangkapan sekali gus merosot pendapatan disebabkan orang ramai takut membeli hasil laut. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini