WELLINGTON 22 Mac – Sebanyak 400 panggilan telah dibuat ke nombor talian baharu polis berhubung perubahan undang-undang pemilikan senjata api sejak kerajaan New Zealand semalam mengumumkan langkah untuk mengawal senjata separa automatik.
“Sebanyak 474 panggilan diterima sehingga pukul 11 pagi waktu tempatan hari ini.
“Jumlah tertinggi panggilan diterima dalam masa satu jam adalah 127. Lebih seribu orang sudah memaklumkan kepada polis menggunakan borang dalam talian bahawa mereka berhasrat menyerahkan senjata api mereka,” kata polis dalam satu kenyataan seperti dipetik oleh NZ Herald hari ini.
Memuatkan artikel berkaitan…











