SEOUL 22 Mac – Bintang K-pop, Jung Joon-young ditangkap selepas beberapa jam membuat permohonan maaf kerana merakam dan menyebarkan video seks secara haram,
Penyanyi dan penulis lagu itu pada minggu lalu mengaku merakam dan berkongsi video seks dirinya tanpa persetujuan pasangannya.
Video yang membabitkan sekurang-kurangnya 10 wanita itu dikongsi di satu ruangan sembang mudah alih pada 2015 yang mana rakan artis K-pop, Seungri dari BINGBANG turut menerimanya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Mahkamah Daerah Ousat Seoul mengeluarkan waran penangkapan pada lewat semalam.
Beberapa jam sebelum itu, Joon-young muncul dalam sidang akhbar dan memohon maaf kerana melakukan jenayah yang tidak boleh dimaafkan, lapor agensi berita South Yonhap. -AFP











