Fraser, Elvira ketuai hari pertama Kejohanan golf Maybank - Utusan Malaysia

Fraser, Elvira ketuai hari pertama Kejohanan golf Maybank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mac- Juara 2016, Marcus Fraser muncul pendahulu hari pertama Kejohanan Maybank 2019, di Kelab Golf Saujana & Country, hari ini.

Pemain dari Australia itu, mencatat tujuh di bawah par 65 pukulan untuk membolehkan dia berkongsi kedudukan teratas dengan pemain bukan pilihan dari Sepanyol, Elvira.

Fraser berkata, dia sendiri tidak menjangka mampu mengetuai hari pertama terutama selepas bergelar pemain golf separuh masa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya hanya pemain golf separuh masa sekarang ini. Ia menarik untuk keluar ke lapangan dan tidak lagi tertekan seperti dulu.

“Saya fikir ia sememangnya membantu apabila anda turun tanpa tekanan,” katanya.

Sementara itu, penyandang juara dari India, Shubhankar Sharma sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke-40 dengan ketinggalan enam pukulan di belakang peneraju selepas mencatat satu di bawah par. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini