Rashidi nafi Fify teman wanitanya - Utusan Malaysia

Rashidi nafi Fify teman wanitanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sehari selepas mengumumkan perceraian dengan Vanidah Imran, pelakon Rashidi Ishak menegaskan keengganannya untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita buat masa ini.

Rashidi, 46, berkata, selepas sekitar  tujuh bulan berpisah, dia masih melalui tempoh pasca perceraian dan tidak mudah baginya untuk membuka hati terhadap perhubungan baharu.

“Kami telah lama mendirikan rumah tangga. Walaupun telah berpisah sebagai pasangan suami isteri, komunikasi antara kami berdua masih baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya belum bersedia untuk mengenali orang lain. Tidak mudah bagi saya dan wanita berkenaan sekiranya saya menjalinkan hubungan baharu,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online pada sesi fotografi filem Bu di sini hari ini.

Penjelasan Rashidi itu sekali gus menafikan dirinya ada menjalinkan cinta dengan model, Fify Azmi yang juga wajah kempen produk wangian jenama Starrasky Parfums miliknya.

Menurut Rashidi, Fify yang juga peserta Dewi  Remaja 2014/2015 antara kenalan yang juga bekas pekerjanya.

“Starrasky Parfums berkonsepkan wangian dwi jantina. Saya mencari seseorang yang boleh menjadi wajah kepada wangian ini dan selesa untuk bekerjasama.

“Dia hanyalah bekas pekerja saya,” jelasnya.

Semalam, Rashidi menerusi laman Instagramnya membuat pengakuan bahawa telah berpisah dengan Vanidah sejak 9 Ogos tahun lalu.

Tidak mendedahkan punca perpisahan antara mereka, Rashidi berkata keputusan itu diambil selepas persetujuan antara kedua-dua pihak. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini