Seorang lagi pegawai kanan SSM ditahan SPRM - Utusan Malaysia

Seorang lagi pegawai kanan SSM ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi pegawai kanan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi membantu siasatan skandal projek melibatkan suruhanjaya itu dianggarkan bernilai lebih RM30 juta.

Menurut sumber, lelaki berusia 48 tahun tersebut ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi di Ibu Pejabat  SPRM Putrajaya di sini selepas hadir memberi keterangan.

Katanya, siasatan awal mendapati pegawai kanan terbabit telah bersubahat bersama-sama tiga lagi individu lain yang telah direman Selasa lalu bagi mendapatkan kelulusan menawarkan perkhidmatan perisian sijil diakui sah tanpa mengikut peraturan di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya, SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek pagi esok di Mahkamah Majistret Putajaya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang pegawai kanan dan dua pengarah syarikat teknologi maklumat (IT) terkemuka di ibu negara ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung skandal projek melibatkan suruhanjaya itu yang dianggarkan bernilai kira-kira RM30 juta.

Suspek yang berumur 44 hingga 56 tahun ditahan reman selama lima hari bermula Selasa lalu hingga Sabtu ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini