Tentera India tembak tiga rakan hingga maut di Kashmir - Utusan Malaysia

Tentera India tembak tiga rakan hingga maut di Kashmir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SRINAGAR 21 Mac – Seorang anggota pasukan separa tentera menembak mati tiga rakannya di Kashmir bawah pentabiran India, hari ini.

Dalam kejadian berasingan, seorang askar India pula maut ketika berbalas tembakan dengan angkatan Pakistan berhadapan sempadan Garis Kawalan (LOC) sejak dua negara berjiran itu melancarkan serangan udara pada bulan lalu.

Menurut polis Jammu, MK Sinha, pasukan Angkatan Polis Simpanan Sentral (CRPF) melepaskan tembakan terhadap kawannya dengan senapang perkhidmatan sendiri di kem, Udhampur, 200 kilometer dari Srinagar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, suspek itu berkemungkinan berada dalam pengaruh dadah.

“Suspek menembak dirinya juga dan kini berada dalam keadaan kritikal di hospital,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini