Segerakan pelan pemulihan Malaysia Airlines -Mohd. Shahar - Utusan Malaysia

Segerakan pelan pemulihan Malaysia Airlines -Mohd. Shahar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mac – Malaysia Airlines Bhd. (MAS) perlu diselamatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menerusi usaha-usaha pemulihan berbanding cadangan menjualnya kepada entiti asing.

Mohd Shahar Abdullah
Mohd Shahar Abdullah 

Ini kerana syarikat penerbangan kebangsaan itu merupakan aset negara selain memiliki nilai-nilai sentimental kepada rakyat.

Mohd. Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) berkata, selain MAS, syarikat-syarikat lain milik negara juga tidak seharusnya dijual kepada pihak lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pelan pemulihan MAS ini mesti ada. Ini kerana kita tidak mahu syarikat -syarikat kita juga dijual.

“Dahulu, semasa pentadbiran Yang Berhormat Pekan (Datuk Seri Najib Tun Razak), apabila kita menjual Proton Holdings Bhd. kepada Geely hanya 49 peratus, ramai yang menangis. Tetapi, hari ini, MAS ingin dijual,” katanya sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini