56 lelaki jadi mangsa keganasan rumah tangga - Utusan Malaysia

56 lelaki jadi mangsa keganasan rumah tangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mac- Seramai 56 lelaki menjadi mangsa keganasan rumah tangga daripada 1,037 kes yang direkodkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, jumlah tersebut direkodkan daripada tahun 2017 hingga bulan Jun tahun lalu.

“Saya juga ingin menyatakan daripada 1,037 kes tersebut, bukan semua adalah mangsa wanita, lelaki juga merupakan mangsa keganasan rumah tangga dengan 56 orang merupakan mangsa lelaki, iaitu 5.4 peratus,” katanya dalam sesi pertanyaan-pertanyaan menteri dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau menjawab soalan Datuk Halimah Mohamed Sadique (BN-Kota Tinggi) yang ingin mengetahui jumlah kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan kepada JKM bagi tempoh 2017 hingga kini.

Sementara itu, jelas Hannah, mencederakan mangsa secara fizikal merupakan kes paling tinggi dilaporkan iaitu sebanyak 448 kes.

“Keduanya paling banyak dilaporkan adalah kes sengaja meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan iaitu sebanyak 401 kes diikuti sebanyak 69 kes penderaan secara psikologi dan emosi serta 30 kes melibatkan melakukan khianat atau merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan atau kegusaran,” katanya. -UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini