BSH bujang: Tak salah umum masa PRK, kecualilah bayar sebelum mengundi - Guan Eng - Utusan Malaysia

BSH bujang: Tak salah umum masa PRK, kecualilah bayar sebelum mengundi – Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mac – Pengumuman berhubung Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk golongan bujang yang dibuat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih adalah tidak salah.

Walaupun dikecam pembangkang sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, perkara itu baru pengumuman dan bukannya dibayar sebelum hari pengundian PRK tersebut.

“Dari segi hasrat, kita umum tapi tidak bayar, saya rasa itu tak kenalah (dakwaan pembangkang), ini secara ikhlas kita nak buat setiap akhir suku tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Itu sebabnya kita faham masalah yang dihadapi rakyat tetapi kita pun tersekat oleh kekangan kewangan,” katanya sewaktu menjawab soalan tambahan Mohd. Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) dalam sesi pertanyaan-pertanyaan menteri dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mohd. Shahar antaranya mempertikaikan pengumuman insentif itu yang dilakukan dalam tempoh berkempen PRK DUN Semenyih. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini