7,000 pelajar B40 UM tuntut pemulangan semula RM120
 - Utusan Malaysia

7,000 pelajar B40 UM tuntut pemulangan semula RM120


Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mac – Kira-kira 7,000 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) di Universiti Malaya (UM) menuntut pihak pentadbiran kolej kediaman memulangkan semula bayaran yuran makan malam sebanyak RM120.

Pengerusi Angkatan Mahasiswa UM, Muhammad Ahnaf Mohd. Yunus, 23, berkata, yuran tersebut telah dipotong serentak dengan yuran pengajian dan penginapan kolej para pelajar pada minggu ketiga semester tahun ini iaitu kira-kira sebulan lalu.

Tegas pelajar tahun empat di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan itu, para pelajar kemudiannya dipaksa hadir ke majlis makan malam itu yang lazimnya akan diadakan di hotel bertaraf lima bintang sekitar bandar raya ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila para pelajar memohon supaya wang tersebut dikembalikan, pihak pentadbiran mengugut mereka tidak akan dapat kolej kediaman pada semester hadapan. Adilkah berbuat demikian?

“Ada pelajar yang nak makan setiap hari pun tiada duit, pihak pentadbiran kolej tanpa perikemanusiaan memaksa pula pelajar membayar RM120 makan malam di hotel yang gah,” katanya.

Terdahulu, Muhammad Ahnaf bersama 10 wakil pelajar bagi setiap kolej kediaman di UM berhimpun di hadapan Bangunan Canselori universiti tersebut bagi menyerahkan memorandum bantahan yuran makan malam kepada Naib Canselor UM, Datuk Dr. Ir. Abdul Rahim Hashim. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini