2 tokan ditahan, dadah bernilai RM250,000 dirampas - Utusan Malaysia

2 tokan ditahan, dadah bernilai RM250,000 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 21 Mac – Polis menahan dua suspek selepas menemukan dadah jenis pil dan serbuk ekstasi bernilai RM250,000 susulan serbuan yang dibuat di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Johor Jaya di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Ismail Dollah berkata, hasil risikan lebih dua bulan itu, sepasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik melakukan serbuan pada pukul 1.15 petang dan menahan seorang lelaki berusia 58 tahun dan wanita berumur 26 tahun.

Katanya, dadah itu ditemui disimpan dalam bekas bertutup di sebuah bilik rumah teres dua tingkat berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam serbuan tersebut, polis merampas 1,483 pil disyaki ekstasi dan serbuk dipercayai menganduni ekstasi seberat 6.4 kilogram di rumah teres yang dijadikan transit untuk menyimpan dan membungkus dadah berkenaan.

“Kita percayai dadah yang dirampas ini untuk diedarkan ke pasaran Johor Bahru dan Seri Alam. Kedua-dua mereka ditahan reman enam hari hingga Ahad ini bagi membantu siasatan,” katanya dala sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Seri Alam di sini sebentar tadi.

Ismail berkata, dalam serbuan tersebut, polis turut merampas sebuah kereta jenis Toyota Corolla Altis, wang tunai RM900 dan 82 alat mencetak pil tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini