800 penduduk Felda Chini tunai solat Istisqa’ - Utusan Malaysia

800 penduduk Felda Chini tunai solat Istisqa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN 21 Mac – Kira-kira 800 penduduk dari tanah rancangan Felda di Chini di sini hari ini mengambil inisiatif mengadakan solat Istisqa’ memohon kepada Allah SWT supaya menurunkan hujan bagi mengatasi musim kemarau yang sedang melanda negara.

Solat sunat yang diadakan di Padang Awam Felda Chini 4 itu diimamkan oleh Guru Tasmid Daerah Pekan, Abdul Haris Abdul Karim.

Abdul Haris ketika ditemui pemberita selepas selesai solat itu berkata, program tersebut dirancang sejak lima hari lalu oleh semua pimpinan masyarakat dan gabungan masjid-masjid di tanah rancangan Felda di Chini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Solat Istisqa’ merupakan sunnah Rasulullah SAW sekiranya berlaku kemarau panjang.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang terlibat dan semoga kita mendapat keberkatan dari Allah SWT,” katanya ketika ditemui pemberita selepas solat Istisqa’ berkenaan . – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini