Solat jenazah ghaib di semua masjid - Mujahid - Utusan Malaysia

Solat jenazah ghaib di semua masjid – Mujahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mac – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof meminta semua masjid di seluruh negara mengadakan solat jenazah ghaib esok selepas selesai solat Jumaat untuk Allahyarham Muhammad Haziq Mohd. Tarmizi.

Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, Mujahid juga akan mewakili kerajaan ke Christchurch untuk menziarahi keluarga Mohd. Haziq sebelum menunaikan solat Jumaat di sana.

“Mujahid sebelum itu akan menyampaikan khutbah Jumaat sebelum menunaikan solat jenazah untuk Allahyarham Mohd. Haziq di satu daripada masjid yang diserang pengganas Jumaat lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beliau dijangka bertolak pada pukul 3.30 petang ini dan tiba di Christchurch esok. Mujahid juga dijadualkan bertemu keluarga Allahyarham Muhammad Haziq sejurus tiba di sana,” katanya di sini hari ini.

Portal berita Stuff New Zealand melaporkan, polis mengesahkan remaja itu merupakan antara 50 mangsa serangan yang terbunuh.

Difahamkan, jenazah Muhammad Haziq adalah mangsa serangan yang terakhir dikenal pasti oleh pihak polis.

Muhammad Haziq berada di Masjid Al Noor di Deans Avenue bersama ibu, bapa dan adik lelakinya ketika seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang Jumaat lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini