Serangan Christchurch: Pengebumian mangsa disambung hari ini - Utusan Malaysia

Serangan Christchurch: Pengebumian mangsa disambung hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHRISTCHURCH – Remaja yang mengimpikan untuk menjadi penjaga gol pasukan bola sepak Manchester United merupakan salah satu mangsa terbaharu serangan dua buah masjid New Zealang yang akan dikebumikan hari ini.

Ratusan penduduk, termasuk pelajar sekolah berkumpul untuk mmeberikan penghormatan terakhir kepada Sayyad Milne, 14, yang merupakan seorang peminat bola sepak dan antara 50 mangsa tembakan rambang pengganas kulit putih.

Bapa Sayyad, John Milne berkata, anaknya ditembak pelampau Australia, Brenton Tarrant ketika bersolat di Masjid Al Noor.

Memuatkan artikel berkaitan…

Milne yang turut bersama dalam majlis pengebumian tersebut sebelum ini menggambarkan Sayyad seorang anak yang baik dan istimewa, menimpikan bermain untuk kelab bola sepak utara England itu.

Orang ramai tiba di tanah perkuburan dalam barisan panjang dan pelajar wanita berusaha memastikan tudung mereka sempurna di tengah keadaan berangin.

Jenazah seorang jurulatih pasukan bola sepak remaja, Tariq Omar, 24, turut dikebumikan hari ini.

Media tempatan melaporkan, ibu Tariq yang datang ke masjid tersebut pada hari kejadian bersamanya, terselamat kerana sedang mencari tempat untuk meletak kenderaan ketika serangan berlaku.

Pengarah Akademi Christchurch United, Colin Williamson, berkata, Tariq merupakan seorang individu yang baik dan mempunyai hati luar biasa serta sukakan tugasnya sebagai jurulatih. — AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini