KABUL 20 Mac – Pilihan raya Presiden Afghanistan sekali lagi ditangguh hingga ke 28 September ini.
Pengumuman tersebut dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas (IEC) hari ini selepas timbul spekulasi penangguhan tersebut bagi mewujukan ruang kepada Amerika Syarikat (AS) untuk menamatkan perang 17 tahun dengan Taliban.
Pengundian presiden pada asalnya dijadualkan pada 20 April, kemudian ditangguhkan hingga 20 Julai.
Banyak pemerhati telah mempertimbangkan kedua-dua tarikh yang tidak realistik memandangkan IEC masih memuktamadkan keputusan pilihan raya parlimen pada Oktober depan.
“Untuk melaksanakan undang-undang pilihan raya yang lebih baik, memastikan ketelusan serta pendaftaran pengundi, pilihan raya presiden, pilihan raya majlis daerah serta pilihan raya parlimen wilayah Ghazni akan diadakan pada 28 September,” kata kenyataan itu di sini hari ini. -AGENSI











