Serangan Christchurch: Mohd. Haziq disahkan meninggal dunia - Utusan Malaysia

Serangan Christchurch: Mohd. Haziq disahkan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Mangsa serangan tembakan rambang di Masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand pada Jumaat lalu, Mohd. Haziq Mohd. Tarmizi yang dilaporkan hilang sejak hari kejadian disahkan meninggal dunia hari ini.

Bagaimanapun setakat pukul 11.45 malam, Kosmo! belum menerima kenyataan rasmi daripada Wisma Putra berhubung perkembangan tersebut.

Exco Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh yang baru tiba di negeri ini sebentar tadi selepas pulang dari Christchurch berkata, berdasarkan maklumat yang baru diterima daripada sumber, Mohd. Haziq telah disahkan meninggal dunia oleh pihak berkuasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya difahamkan pihak Kedutaan Malaysia telah menerima maklumat itu,” katanya ringkas. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini