Akaun UMNO dibeku kerana skandal 1MDB - Utusan Malaysia

Akaun UMNO dibeku kerana skandal 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Mac – Akaun UMNO masih dibekukan mengikut Akta Pencegahan Peng­ubahan Wang Haram, Pen­cegahan Pem­biayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFA) kera­na mempu­nyai kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ini kera­na, siasatan skandal itu dengan parti tersebut masih berjalan.

LIM GUAN ENG
LIM GUAN ENG

“Apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang adalah untuk menggantung atau menarik balik pembekuan akaun itu, namun bagi UMNO, saya rasa ini berkaitan dengan kes yang masih berjalan kerana mempunyai kaitan skandal 1MDB.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekiranya, ia berkaitan dengan skandal yang tidak melibatkan 1MDB, kita boleh semak tetapi untuk 1MDB, ia tidak boleh dipertikaikan lagi kerana satu dunia tahu ini adalah skandal rasuah hanya UMNO sahaja tidak tahu.

“Saya harap Yang Berhormat (YB) sedar dan mengakui skandal terbesar di dunia itu sehingga Malaysia digelar sebagai kleptokrasi,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini.

Guan Eng menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang meminta kerajaan menjelaskan mengapa akaun UMNO dibekukan lebih daripada 90 hari memandangkan pembekuan akaun di bawah AMLATFA tidak boleh melebihi tempoh tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini