Malaysia mula langkah kanan - Utusan Malaysia

Malaysia mula langkah kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Mac – Malaysia memulakan kempen Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia dengan menumpaskan di Macau 5-0 di Hong Kong, sebentar tadi.

Kemenangan sulung dalam saingan Kumpulan D itu membolehkan pasukan negara mengesahkan tiket ke suku akhir selepas China turut membelasah Macau 5-0 dalam satu lagi perlawanan.

Pasukan negara bagaimanapun perlu membuat pertembungan dengan pasukan pilihan, China esok untuk menentukan juara kumpulan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beregu lelaki, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong menyumbang mata pertama selepas menumpaskan Iek U Leong-Leong Lok Chong 21-10, 21-9 sebelum perseorangan wanita, Ho Yen Mei menggandakan kedudukan 2-0 dengan mengatasi Pui Chi Wa 21-13, 21-11.

Kapten Malaysia, Soong Joo Ven mengesahkan kemenangan pasukan negara dengan mengalahkan Ao Fei Long 21-3, 21-8 dalam perseorangan lelaki.

Beregu wanita, Anna Cheong-Teoh Mei Xing kemudian menewaskan Gong Xue Xin-Ng Weng Chi 21-15, 21-12 untuk kedudukan 4-0 sebelum Hoo Pang Ron-Cheah Yee See melengkapkan kemenangan 5-0 Malaysia dengan menumpaskan Kuan Chi Leng-Pui Pang Fong 21-12 21-7 dalam acara beregu campuran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini