New Zealand antara negara paling gembira di dunia - Utusan Malaysia

New Zealand antara negara paling gembira di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HELSINKI 20 Mac – Finland sekali lagi terpilih sebagai negara paling gembira di dunia dalam satu laporan yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini.

Negara Nordik yang mempunyai 5.5 juta rakyat itu, terkenal dengan kecintaan mereka terhadap hutan dan tasik.

Laporan tersebut dibuat berdasarkan kajian menggunakan data tinjauan yang diperolehi daripada rakyat di 156 negara mengenai betapa mereka gembira tentang diri sendiri, jangkaan kehidupan, pendapatan dan sokongan sosial.

Memuatkan artikel berkaitan…

Negara Nordik lain seperti Belanda, Switzerland, Kanada, New Zealand dan Austria antara yang tersenarai dalam kedudukan 10 terbaik.

Sementara itu, Amerika Syarikat jatuh satu anak tangga di tempat ke-19.

“Laporan ini menunjukkan bagaimana ketagihan menyebabkan tidak bahagian dan kemurungan yang di AS,” kata salah seorang penulis laporan, Profesor Jeffrey Sachs.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini