Dua kementerian kukuh kerjasama pembangunan insan - Utusan Malaysia

Dua kementerian kukuh kerjasama pembangunan insan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Mac – Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan mengadakan perbincangan dua hala berkaitan isu melibatkan bidang tugas kedua-dua kementerian tersebut.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, perbincangan itu juga bagi mengukuhkan kesepakatan kedua-dua kementerian dalam pembangunan insan.

“Antara perbincangannya adalah kerjasama strategik dalam pengurusan Hospital Pengajar Universiti Awam dan beberapa perkara penting lain yang akan diumumkan kelak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Diharapkan hubungan baik kedua-dua kementerian ini dapat diteruskan bagi memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada rakyat di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini