PUTRAJAYA 20 Mac – Rumah Syahbandar membuktikan kehandalan mereka apabila mengungguli kejohanan sukan Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (1) (SKPP11(1) menewaskan tiga lagi pencabar mereka.
Walaupun pada kejohanan sukan tahun lalu Syahbandar hanya menduduki tempat ketiga tetapi pada tahun ini rumah sukan dengan tema warna kuning itu unggul untuk mengetepikan pencabar-pencabar lain.

Dipimpin oleh ketua rumah cikgu Norazikin Wagiminm, Syahbandar muncul juara untuk acara merentas desa, sukantara, perbarisan dan johan keseluruhan.
Sementara rumah Bendahara di tempat kedua, Temenggung ketiga dan Laksamana di tempat keempat.

Keseluruhannya sebanyak 13 acara dipertandingkan pada kejohanan sukan SKPP11 (1) termasuk 100 meter, 200 meter, 4×100 meter dan 4×200 meter. – UTUSAN ONLINE











