Mana penyokong Harimau Malaya? - Utusan Malaysia

Mana penyokong Harimau Malaya?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUASANA di Stadium Nasional, Bukit Jalil agak sepi malam ini apabila banyak tempat duduk penonton kosong ketika Harimau Malaya menentang Singapura dalam aksi pembukaan Piala Air Marine 2019.

Tidak dapat dipastikan apakah tindakan Ultras Malaya memboikot perlawanan kerana tidak bersetuju dengan harga tiket RM35 yang diletakkan turut mempengaruhi keadaan tersebut.

Bagaimanapun perlawanan yang berlangsung pada hari bekerja mungkin antara yang menyumbang kepada hanya sekitar 3,000 hingga 4,000 penyokong mengisi hampir 90,000 tempat duduk yang disediakan di stadium terbesar negara itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Diharap, perlawanan seterusnya yang akan berlangsung pada Sabtu iaitu hari cuti di Malaysia dapat menarik kehadiran lebih ramai penonton Harimau Malaya.

Ayuh tunjukkan sokongan anda kepada pasukan kebangsaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini