Lubuk tempat PATI bekerja diserbu imigresen - Utusan Malaysia

Lubuk tempat PATI bekerja diserbu imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Jabatan Imigresen mengempur 11 premis yang menjadi lubuk pendatang asing tanpa izin (PATI) bekerja termasuk di pusat penyembelihan ayam di sekitar negeri ini, semalam. 

Dalam operasi selama tujuh jam bermula pukul 4.30 petang itu menahan 26 PATI termasuk dua wanita pelbagai negara di Petaling Jaya, Puchong dan daerah ini. 

Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, antara tumpuan PATI itu digajikan secara haram oleh majikan adalah kedai runcit, kedai gunting rambut, kedai perabot, restoran dan pusat penyembelihan dan memproses ayam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, mereka yang ditahan berusia 21 hingga 46 tahun. 

“Pecahan PATI yang ditahan melibatkan Indonesia seramai 14 orang, Bangladesh  (8), India (3) dan Myanmar (1). 

“Kesemua mereka didapati tidak memiliki sebarang pas dan tamat tempoh permit selain menyalahgunakan pas diberikan ,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Beliau menambah, hasil siasatan awal mendapati kesemua PATI itu telah berada di negara ini di antara 6 bulan hingga setahun. 

Jelas Mohamad Shukri, PATI tersebut telah dibawa ke pejabat Bahagian Penguatkuasa Imigresen Negeri Selangor untuk siasatan lanjut sebelum ditahan di Depot Imigresen Semenyih. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b), Peraturan-peraturan Imigresen 1963,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini