QUETTA 20 Mac – Sekurang-kurangnya enam anggota polis Pakistan terbunuh dalam satu serangan di sebuah pusat pemeriksaan di wilayah barat daya Balochistan, awal pagi ini.
Menurut pegawai kanan kerajaan, Qadir Bakhsh, kumpulan Taliban mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.
“Serangan yang secara tiba-tiba telah membunuh enam anggota polis yang sedang bertugas,” katanya di sini hari ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Katanya, penyerang menggunakan senjatan automatik tersebut melarikan diri dengan motosikal selepas serangan tersebut. -AFP











