FML dapat kelulusan penyenaraian di Singapura - Utusan Malaysia

FML dapat kelulusan penyenaraian di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Mac – Unit Selangor Dredging Berhad (SDB), Fortress Minerals Ltd. (FML) mendapat kelulusan daripada Singapore Exchange Securities Trading Limited untuk penyenaraian di Catalist Board.

SDB dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, penyenaraian itu dijangkakan pada 27 Mac depan.

Katanya, FML merupakan syarikat bersekutu dengan anak syarikat milik penuh SDB, SDB Mining Sdn. Bhd. memiliki 37 peratus kepentingan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil daripada tawaran awam permulaan (IPO) itu akan digunakan untuk memajukan lagi Lombong Bukit Besi termasuk kerja penerokaan dan geologi yang berterusan pada masa depan selain pengembangan kapasiti pemprosesan bijih besi.

“Selain menggunakan hasil untuk modal kerja umum, kumpulan juga akan mengkaji pengambilalihan, usaha sama dan pembangunan lombong baharu di Malaysia atau di tempat lain,” katanya di sini hari ini.

IPO FML ditaja oleh PrimePartners Corporate Finance Pte. Ltd.

FML terlibat dalam perniagaan penerokaan, perlombongan, pengeluaran dan penjualan bijih besi padu daripada deposit Lembah Timur dan Barat Bukit Besi, di Terengganu.

Hak perlombongan Bukit Besi meliputi 526.2 hektar dan tamat pada awal 2033.

Syarikat itu akan menjual bijih besi terutama kepada kilang keluli dan syarikat perdagangan di China dan Malaysia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini