Sindiket arak dalam stor barangan lusuh tumpas - Utusan Malaysia

Sindiket arak dalam stor barangan lusuh tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Satu sindiket penyeludupan arak tumpas selepas Pasukan Polis Marin (PPM) menyerbu sebuah stor penyimpanan barang lusuh di Taman Klang Ria, di sini tengah hari tadi.

Dalam serbuan bermula pukul 12.30 tengah hari itu, PPM merampas 7,368 tin, 240 botol dan lima liter minuman keras pelbagai jenama dianggarkan RM302, 377.83 termasuk cukai. 

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, kejayaan itu susulan penahanan sebuah van jenis Nissan Urvan yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun di Jalan Sungai Jati, Sentosa di sini oleh PPM Pelabuhan Klang. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, pemeriksaan ke atas van tersebut menemui sejumlah minuman keras pelbagai jenama di van tersebut.

“Hasil pemeriksaan, pemandu van itu gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan minuman keras yang dibawanya itu.

“Soal-siasat terhadap pemandu van itu kemudiannya membawa serbuan ke sebuah stor penyimpanan barang lusuh sebelum menemui pelbagai minuman keras, ” katanya pada sidang akhbar Markas PPM Pelabuhan Klang di sini sebentar tadi 

Kata beliau, sebuah lori jenis Hino berisi muatan minuman keras juga ditemui di dalam kilang tersebut. 

Tambah Rosman, antara minuman keras yang dirampas termasuk jenama Heineken sebanyak lima liter yang telah diisi pada 1,446 drum selain Skol Super Strong, King Fisher dan Bullet dengan jumlah keseluruhan 7,368 tin serta Guinness Stout (240 botol). 

“Nilai keseluruhan rampasan minuman keras bersama kenderaan adalah RM412, 277.83 termasuk cukai. 

“Kita turut menahan tiga pekerja warga Indonesia berusia 20 hingga 35 tahun yang tidak mempunyai sebarang dokumen,” katanya. 

Jelas Rosman, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dalam mengesan dalang utama sindiket itu dan kes disiasat mengikut  Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini